Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) mengangkat plakad tertera slogan Memilih Untuk Mencabar sempena sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Selangor 2021 dan Prapelancaran Ekspo Hasil Suri Selangor (HASSEL) Hybrid 2021 di Foyer SUK, Shah Alam pada 8 Mac 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
SELANGOR

Selangor teruskan saringan Covid-19 percuma, fokus lokasi panas

SHAH ALAM, 8 MAC: Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma akan diteruskan walaupun jumlah kes wabak semakin menurun, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari bagaimanapun berkata pihaknya hanya menyasarkan ujian di kawasan yang mempunyai bilangan kes tertinggi.

“Justeru saya galakkan rakyat Selangor supaya ambil kesempatan dengan sertai ujian saringan ini. Kerajaan Negeri memang ada peruntukan khas untuk membolehkan anda semua menjalani saringan Covid-19 secara percuma.

“Jangan sesekali kita alpa kerana virus berkenaan masih berada dalam komuniti,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Wanita Sedunia peringkat negeri di bangunan SUK hari ini.

Menerusi Pakej Kita Selangor, sebanyak RM6 juta diperuntuk bagi melaksanakan ujian saringan bersasar percuma sekali gus memberi manfaat kepada 50,000 rakyat.

Program itu memfokuskan golongan sasaran seperti warga emas terutama di pusat penjagaan dan hemodialisis seluruh negeri.

Tidak ketinggalan ialah kumpulan berpendapatan rendah (B40), dan mahasiswa anak Selangor.


Pengarang :