Peserta membuat pendaftaran sebelum membuat saringan ketika program Ujian Saringan Komuniti secara bersasar di Dewan Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 21 Mac 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

STFC sedia bantu warga emas daftar suntik vaksin Covid-19

SHAH ALAM, 22 MAC: Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) sedia membantu warga emas negeri itu mendaftar terima suntikan vaksin Covid-19 bagi memastikan mereka tidak tercicir.

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia kerana masih terdapat kira-kira 90 peratus  golongan berkenaan belum mendaftar, lapor Sinar Harian.

Jelasnya, perkara itu berlaku disebabkan sebahagian daripada mereka tidak mempunyai akses aplikasi MySejahtera, kekangan internet selain tidak mengetahui cara pendaftaran secara digital.

Justeru, pihaknya menerusi Kerajaan Negeri akan membantu golongan terbabit membuat pendaftaran melalui pelbagai platform digital dan secara manual.

“Kerajaan Negeri masih di peringkat penyelarasan dan peringkat permulaan ini kita akan membantu pendaftaran suntikan vaksin,” kata pengerusi STFC.

Pada masa sama,  Dr Dzulkefly  berkata pihaknya akan turut bekerjasama dengan pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi membantu pendaftaran vaksin.

“Pengerusi MPKK akan diberi pendedahan cara bagaimana untuk membantu pendaftaran bagi mereka yang belum mendaftar dengan menggunakan aplikasi atau terus melalui laman web disediakan,” katanya.


Pengarang :