DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenanberangkat ke Majlis Pemakaian Kenaikan Pangkat Leftenan kepada Kapten untuk DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah di Istana Alam Shah, Klang. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Sultan Selangor berkenan ke Majlis Pemakaian Pangkat Tengku Amir Shah

SHAH ALAM, 8 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke Majlis Pemakaian Kenaikan Pangkat Laftenan kepada Kapten untuk Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor di Istana Alam Shah hari ini.

Istana Alam Shah memaklumkan majlis pemakaian pangkat berkuat kuasa 19 November tahun lalu sepatutnya berlangsung lebih awal namun ditangguh susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Tengku Amir Shah menduduki dua sesi peperiksaan kenaikan pangkat pada Julai 2020 (bertulis) di Kem Terendak, Melaka dan pada September 2020 (amali) di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan,” menurut kenyataan itu di Facebook Selangor Royal Office.

Sejak 15 April 2017, Tengku Amir Shah memakai pangkat Leftenan dan kini memegang jawatan Ketua Platun Rintis Serang (Rinser) 17 17 RAMD (Para).

“Setelah memakai pangkat Kapten, Baginda kekal di Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja RAMD (Para),” tambah kenyataan itu.

Turut hadir dalam majlis itu, Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain.


Pengarang :