EXCO Kerajaan Negeri Mohd Khairuddin Othman melakukan gimik perasmian sempena majlis pelancaran Selangor Xtiv Virtual 2021 di foyer bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 23 Mac 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDAEXCONASIONALSELANGOR

Tawar hadiah RM411,680, e-sukan Selangor dimeriah tujuh permainan

SHAH ALAM, 23 MAC: Pertandingan e-sukan, Selangor Xtiv Virtual 2021 bermula bulan ini hingga Disember menawarkan hadiah keseluruhan RM411,680.

EXCO sukan berkata tujuh jenis permainan ditawarkan iaitu Selangor Xtiv Virtual Esports, Selangor Xtiv Virtual Marathon, Selangor Martial Art Xtiv Virtual dan Selangor Xtiv Virtual Youth Busking.

Turut dipertandingkan adalah Selangor Xtiv Virtual Chess, Selangor Xtiv Virtual Ride dan Selangor Xtiv Virtual Jump Rope Challenge.

“Pertandingan ini menambah tiga lagi jenis permainan berbanding empat pada tahun lalu dengan sasaran 450,000 penyertaan.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung program berkenaan di Facebook Selangor Xtiv Virtual 2021 menerusi pautan https://www.facebook.com/selangorxtiv2020,” kata Mohd Khairuddin Othman.

Beliau berkata pada sidang media selepas merasmikan pertandingan e-sukan itu di lobi Dataran Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

Program yang julung kali diadakan tahun lepas mendapat sambutan luar jangkaan apabila menerima 250,631 penyertaan serta 18 juta tontonan di platform media sosial.

Ia turut menarik penyertaan luar negara antaranya Singapura, Indonesia, Brunei, Jepun, India dan Amerika Syarikat.

Selangor satu-satunya negeri yang berjaya menganjurkan pertandingan program sukan secara maya berskala besar beserta hadiah.


Pengarang :