Program SkorLAH SPM secara dalam talian dijalankan Team Selangor. Foto Facebook Selangor Lestari by Team Selangor
AGENSISELANGOR

Team Selangor perkenal Assist bantu pelajar miskin

SHAH ALAM, 25 MAC: Sukarelawan Team Selangor akan melaksanakan Program Siri Tambahan Sekolah (Assist) untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar sekolah menengah.

Ketua unit sekolahnya berkata inisiatif itu adalah kesinambungan program SkorLAH SPM secara dalam talian dilaksanakan untuk membantu pelajar keluarga berpendapatan rendah (B40).

“Team Selangor sedang merangka kaedah pelaksanaan serta cara penyampaian yang sesuai di kawasan terpilih bagi memastikan matlamat program dicapai.

“Sesi sekolah menengah belum dibuka lagi, justeru sama ada dijalankan secara maya atau bersemuka bergantung situasi semasa Covid-19,” kata Muhamad Haziq Fikri Jasni kepada SelangorKini hari ini.

Pada Februari, sukarelawan Team Selangor menganjur program SkorLAH SPM secara percuma khusus untuk pelajar keluarga B40.

Kelas secara maya dibimbing guru terlatih meliputi mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Fizik.


Pengarang :