Pelajar tajaan Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (LZS), Muhammad Haziq Mohd Idris menjadi pelajar terbaik bidang perubatan di Universiti Iskandariah. Grafik: Facebook Jabatan Agama Islam Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Tiga anak Selangor raih kejayaan membanggakan di Mesir

SHAH ALAM, 19 MAC: Tiga anak Selangor yang menuntut di Mesir berjaya meraih kepujian kelas pertama dalam bidang perubatan.

Grafik: Facebook JAIS

Mereka adalah pelajar tajaan Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (LZS), Muhammad Haziq Mohd Idris yang menjadi pelajar terbaik bidang tersebut di Universiti Iskandariah.

Maisarah Long Zor yang menuntut di universiti sama menduduki tempat ketiga manakala pelajar Universiti Tanta, Nuril Izzati Tun Roslan turut meraih tempat ketiga bidang perubatan.

Maisarah dan Nuril Izzati adalah pelajar tajaan Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara Kerajaan Negeri Selangor

Sementara itu Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berharap kejayaan itu memberi aspirasi kepada pelajar di negeri ini untuk mencatat lebih banyak kegemilangan pada masa depan.

Grafik: Facebook JAIS

Pengarang :