Petugas Kesihatan Selcare membantu orang ramai agar tetap mengikuti tatacara operasi piawai (SOP) ketika Saringan Komuniti di Dewan Melati, Shah Alam pada 20 Februari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
SELANGOR

Tiga kluster baharu di Selangor babit tempat kerja

SHAH ALAM, 30 MAC: Tiga kluster baharu dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Selangor hari ini membabitkan tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster Jalan Western melibatkan daerah Sepang dan Petaling Jaya.

“Kluster ini membabitkan pekerja ladang yang terletak di Western Access Road, Sepang. Sehingga 30 Mac, sejumlah 356 individu disaring dengan 19 kes dikesan positif,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kluster Jalan SC Satu pula tercetus di Hulu Langat hasil saringan bersasar pekerja kilang di Jalan SC 1, Pusat Perindustrian Sungai Chua, Kajang di mana 40 individu disaring dengan enam dikesan positif.

“Kluster ketiga, kluster Jalan Pinang Raja membabitkan Petaling dan Klang. Kes indeks dilaporkan positif pada 30 Mac hasil saringan individu bergejala.

“Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar pusat pendidikan yang terletak di Jalan Pinang Raja 18/2, Shah Alam dan sehingga hari ini 230 individu disaring dengan 25 kes dikesan positif,” katanya.


Pengarang :