Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika mengadakan sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 6 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tiga lagi kluster baharu di Selangor, babit pekerja kilang

SHAH ALAM, 17 MAC: Selangor hari ini melaporkan tiga kluster baharu akibat jangkitan Covid-19 membabitkan pekerja kilang di Petaling dan Sepang.

Ketua pengarah kesihatan berkata Kluster Subang Dua di Petaling mencatatkan 153 kes positif hasil saringan bersasar 602 pekerja kilang di Taman Perindustrian Subang.

“Sementara Kluster Jalan Lada Sulah dikesan bermula 22 Februari lalu hasil saringan sama dengan 18 daripada 327 individu dikesan positif dari kilang di Jalan Lada Sulah, Shah Alam,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau memaklumkan Kluster Meranti Jaya di Sepang membabitkan pekerja kilang di Taman Meranti Jaya, Puchong.

“Kes dalam kluster ini dilaporkan diperoleh pada 14 Mac lalu, sehingga kini lapan kes dikesan positif hasil dari saringan 101 pekerja kilang,” katanya.


Pengarang :