Selangorkini
Petugas Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyampaikan bantuan makanan kepada salah sebuah keluarga asnaf di Ulu Yam Baru pada 5 Mac 2021. Foto Facebook LZS
AGENSI SELANGOR

Tujuh keluarga asnaf Ulu Yam Baru terima bantuan makanan

SHAH ALAM, 6 MAC: Tujuh keluarga asnaf fakir dan miskin dari Ulu Yam Baru menerima bantuan makanan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Agensi berkata sumbangan itu merupakan keperluan fidyah yang diamanahkan oleh syarikat gedung pakaian terkenal, Jakel.

“Zakat Selangor bersama penolong amil kariah Masjid Al Falah Ulu Yam Baru hadir menziarahi tujuh keluarga dari kalangan asnaf fakir dan miskin.

“Semoga dengan bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan beban keluarga terbabit dalam mengharungi suasana sukar ketika ini,” katanya menerusi Facebook.

LZS juga mengucapkan terima kasih kepada pembayar zakat yang menjadi penyumbang kepada pemberian sumbangan berkenaan.


Pengarang :