Sesi sidang media Inisiatif Usahawan Mikro Digital Kampung Tunku bersama ADN Kampung Tunku Lim Yi Wei dengan kerjasama Yezza dan Paper+Toast berlangsung di Awegallery, Petaling Jaya pada 10 Mac 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Wakil rakyat Kampung Tunku lancar niaga dalam talian, bantu usahawan

PETALING, 10 MAC: Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku melancarkan Program Usahawan Digital bagi membantu peniaga terjejas pendapatan akibat Covid-19.

Ahli Dewan Negerinya berkata inisiatif jualan secara dalam talian menerusi platform Yezza Store menyasarkan 100 peserta yang dikecualikan caj perkhidmatan selama tiga bulan.

“Kita mengeluarkan peruntukan lebih RM10,000 untuk menjayakan program ini, semoga inisiatif ini membantu menjana atau meningkatkan pendapatan peniaga kecil-kecilan.

“Peniaga boleh memohon menerusi https://adunkgtunku.yzza.io/dme sebelum 17 Mac. Setiap permohonan akan diteliti bagi memastikan hanya yang layak terima manfaat,” kata Lim Yi Wei pada sidang media hari ini.

Beliau berkata sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, 38 daripada 100 peserta dipilih dalam kalangan golongan terbabit.

“Inisiatif pejabat DUN Kampung Tunku bertujuan menyokong pelbagai program jualan secara dalam talian yang dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk membantu peniaga,” katanya.


Pengarang :