Program Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar diadakan di Dewan Orang Ramai Meru 3, Klang pada 2 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Warga Kuala Selangor digesa hadir Saringan Komuniti percuma Ahad

SHAH ALAM, 19 MAC: Penduduk Taman Seri Indah, Taman Pelangi, Taman Kilauan, Taman Pancaran dan Pekan Bestari Jaya digesa menjalani saringan Covid-19 pada Ahad.

Dato’ Menteri Besar berkata saringan secara percuma diadakan di Dewan Bestari Jaya, Kuala Selangor bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

“Warga Kuala Selangor yang menetap di kawasan berhampiran digalak menjalani saringan secara percuma,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook hari ini.

Orang ramai boleh mendaftar melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan guna fungsi saringan atau layari http://screening.selangkah.my.

Kerajaan Selangor melaksanakan Saringan Komuniti Covid-19 di beberapa kawasan panas mulai 11 April tahun lepas bagi membendung perebakan selain turut memperkenal saringan secara pandu lalu.

Kaedah tersebut yang pertama di negara ini sebahagian usaha melandaikan keluk wabak dan mengesan lebih banyak kes.

Pada tahun ini sejumlah RM6 juta diperuntuk bagi meneruskan saringan secara percuma di kawasan berkepadatan tinggi serta menyasarkan golongan berpendapatan rendah bagi meringankan beban mereka.


Pengarang :