Petugas kesihatan menerima suntikan vaksin Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur pada 1 Mac 2021. Foto REUTERS
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Warga Selangor paling ramai divaksin setakat 11 Mac

SHAH ALAM, 12 MAC: Selangor negeri tertinggi menerima suntikan vaksin dalam kumpulan fasa pertama program imunisasi kebangsaan membabitkan 29,208 individu setakat semalam.

Laporan harian pemberian dos pertama vaksin mengikut negeri menyaksikan Sarawak pada kedudukan kedua iatu 28,212 individu manakala Kuala Lumpur 25,190 orang.

Mengikut data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter, seramai 249,909 individu menerima suntikan tersebut di seluruh negara.

Negeri lain iaitu Perak mencatat 21,160 individu, Sabah (20,411), Johor (19,559), Pahang (19,314), Kedah (15,834) dan Kelantan (15,339).

Terengganu pula seramai 13,070, Pulau Pinang (12,608), Negeri Sembilan (10,801), Melaka (7,126), Perlis (6,006), Putrajaya (3,733) dan Labuan (2,338).

Pada 21 Februari, sebanyak 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari kilang di Belgium.

Selangor menerima 78,000 daripada jumlah tersebut yang akan mengutamakan wakil rakyat dan petugas hadapan serta diagih secara berperingkat mengikut kumpulan sasaran atau berkepentingan.

Foto Twitter Dr Noor Hisham Abdullah

Pengarang :