Penduduk sekitar Shah Alam menjalani saringan Covid-19 secara percuma di Dewan Tanjung Seksyen 19, ,Shah Alam pada 17 Februari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Warga Shah Alam, Kota Damansara digalak jalani saringan Ahad ini

SHAH ALAM, 5 MAC: Penduduk sekitar Shah Alam dan Kota Damansara digalak menyertai saringan Covid-19 secara percuma pada 7 Mac ini.

Dato’ Menteri Besar berkata program mulai jam 9 pagi hingga 4 petang berlangsung di Dataran Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam.

“Warga Kota Damansara yang menetap di kawasan berhampiran pula digalak menjalani ujian di Dewan Serbaguna Seksyen 2,” tulis Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

Pada 6 Mac, Saringan Komuniti Covid-19 berlangsung serentak di Dewan Resak MBSA, Subang Perdana, Shah Alam dan Dewan Serbaguna MPSJ, Seri Kembangan.

Untuk mendaftar, orang ramai boleh memuat turun aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan menggunakan fungsi saringan atau layari screening.selangkah.my.

Seramai 4,352 individu terlibat dalam program Saringan Komuniti setakat Februari yang turut membabitkan 894 warga emas dari 32 pusat jagaan.


Pengarang :