EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Ir Izham Hashim (dua, kanan) ketika sesi lawatan ke tapak pembinaan Westports Fasa 2, di Pulau Indah pada 15 Mac 2021. Foto-Facebook Izham Hashim
EXCOSELANGOR

Westports fasa dua beri impak positif ekonomi Selangor

SHAH ALAM, 19 MAC: Pembesaran Terminal Westports fasa kedua bakal memberi impak positif kepada ekonomi Selangor sekali gus mampu menyediakan peluang pekerjaan, kata EXCO infrastruktur dan kemudahan awam.

Ir Izham Hashim berkata pembesaran terminal itu diperlukan bagi mengembangkan lagi sektor logistik Pelabuhan Klang.

“Ini kerana, kapasiti Westports 1 telah mencapai tahap maksimum, ia berkemungkinan akan mengganggu kelancaran aktiviti logistik di pelabuhan berkenaan.

“Sekiranya projek ini (Westports fasa 2) siap sepenuhnya, ia juga akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor, malah kepada masyarakat luar dari negeri ini,” katanya dalam Facebook.

Beliau berkata demikian selepas lawatan kerja ke tapak pembinaan Westports Fasa 2 pada Isnin lalu.

Izham berkata pada pertemuan itu beberapa isu dan status terkini dikemukakan sekali gus dibincangkan dalam jawatankuasa khas yang bakal ditubuhkan dalam masa terdekat.

“Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dan menyokong semua projek infrastruktur berkaitan bagi membantu pengembangan aktiviti logistik di negeri ini,” katanya.

 


Pengarang :