Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman mengetuai lafaz ikrar bebas rasuah (IBR) di Unisel Bestari Jaya pada 1 April 2021. Foto Unisel
AGENSISELANGOR

244 warga Unisel lafaz ikrar bebas rasuah

SHAH ALAM, 5 APRIL: Seramai 244 petugas akademik dan pentadbiran Universiti Selangor (Unisel) menandatangani ikrar bebas rasuah (IBR), Khamis lalu.

Naib Canselornya berkata program tersebut melambangkan pusat pengajian itu komited untuk menyahut seruan kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan setiap kakitangan bebas daripada gejala rasuah.

“Ia bukanlah lafaz ikrar semata-mata namun perlu dihayati dan dipraktikkan agar Unisel lebih cemerlang pada masa akan datang.

“Agenda integriti dijadikan teras dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pekerja,” kata Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman menerusi kenyataan.

Pada majlis berlangsung di Dewan Canselor Unisel Bestari Jaya, beliau sendiri mengetuai lafaz ikrar dan menandatangani IBR disaksikan Pengarah SPRM Negeri Selangor, Datuk Alias Salim.

Sebahagian 244 kakitangan akademik dan pentadbiran Unisel melafaz ikrar bebas rasuah (IBR) di Unisel Bestari Jaya pada 1 April 2021. Foto Unisel

Pengarang :