Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya pada 19 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

2,690 kes baharu Covid-19, Selangor kekal tertinggi

SHAH ALAM, 25 APRIL: Jumlah kes harian Covid-19 kekal di atas paras 2,000 apabila 2,690 kes dilaporkan hari ini turun sedikit berbanding 2,717 kes semalam menjadikan jumlah kumulatif 392,492.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan seramai 1,853 pesakit sembuh menjadikan keseluruhan 367,753.

Beliau berkata seramai 10 korban wabak direkodkan menjadikan keseluruhan 1,436.

Jumlah kes aktif adalah 23,753 dengan seramai 283 pesakit mendapat rawatan di ICU manakala 121 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Selangor merekodkan kes baharu tertinggi dengan 751, diikuti Sarawak (595), Kelantan (424), Kuala Lumpur (217), Sabah (121) dan Pulau Pinang (117).

Sejumlah 159 kes direkodkan di Johor, Kedah (76), Perak (64), Negeri Sembilan (57), Melaka (42), Pahang (33), Terengganu (25), Putrajaya (5), Perlis (1) Labuan (3).


Pengarang :