Kereta api lapan gerabak yang membawa sekitar 350 penumpang tergelincir ketika memasuki terowong di kota Hualien, Taiwan pada 2 April 2021. Foto: REUTERS
AGENDAGLOBAL

36 maut, 60 cedera kereta api tergelincir di Taiwan

TAIWAN, 2 APRIL: Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh dan 60 yang lain cedera dalam nahas kereta api tergelincir di utara Taiwan, lapor Agensi Anadolu, memetik media tempatan pada Jumaat.

Kereta api lapan gerabak yang membawa sekitar 350 penumpang itu tergelincir ketika memasuki terowong di kota Hualien.

Menurut laporan gerabak keempat dan kelima mengalami kerosakan teruk dan anggota bomba serta pasukan mencari dan menyelamat telah dikerah ke lokasi kejadian.

Presiden Tsai Ing-wen mengarahkan kementerian dan organisasi berkaitan turut membantu bagi melancarkan lagi misi menyelamat.

– BERNAMA

 


Pengarang :