Selangorkini
Dr Gunarajah R George (kiri) menyerahkan kurma kepada wakil surau sekitar DUN Sentosa pada 13 April 2021. Foto Facebook ADUN Sentosa YB Gunaraj
ADN BERITA UTAMA SELANGOR

500 asnaf sekitar Sentosa dapat bantuan Ramadan

KLANG, 18 APRIL: Seramai 500 asnaf sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa dikenal pasti untuk menerima bantuan sempena Ramadan.

Wakil rakyatnya Dr Gunarajah R George berkata pemilihan nama melalui jawatankuasa masjid dan surau meliputi sumbangan berbuka puasa dan moreh.

“Kita ada beberapa program yang sudah dirancang seperti majlis berbuka puasa, sumbangan moreh dan Kerajaan Selangor akan beri sumbangan baucar membabitkan 500 keluarga asnaf.

“Mereka yang memerlukan boleh datang mendaftar di pusat khidmat selain nama mereka yang layak akan diberikan oleh jawatankuasa masjid dan surau,” katanya.

Beliau ditemui selepas meninjau kelas percuma Sinar Ilmu Harapan Sentosa di pusat khidmatnya yang menyasar 30 murid bermasalah dalam pembelajaran.

Kelas yang berlangsung setiap Sabtu bagi memastikan murid berkenaan menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Sementara itu, Gunarajah berkata sebanyak tujuh surau dan masjid sekitar Sentosa menerima sumbangan kurma awal Ramadan lalu.

 


Pengarang :