Selangorkini
ADN Kota Anggerik Najwan Halimi (kiri) menyerahkan bantuan makanan kepada seorang penerima di Kampung Air Kuning, Shah Alam pada 22 April 2021. Foto Facebook Najwan Halimi
ADN SELANGOR

60 keluarga Orang Asli DUN Kota Anggerik terima bantuan makanan

SHAH ALAM, 23 APRIL: Sebanyak 60 keluarga Orang Asli sekitar Kampung Air Kuning dan Bukit Bandaraya Seksyen U11 di sini menerima bantuan makanan daripada Kerajaan Negeri.

Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik berkata sumbangan menerusi Pakej Kita Selangor diagih semalam untuk meringankan beban mereka yang terkesan susulan pandemik Covid-19.

“Terima kasIh Kerajaan Negeri menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) kerana menggerakkan inisiatif bantuan makanan ini.

“Alhamdulillah, hubungan baik saya dengan ketua komuniti Orang Asli, Tok Batin Kamal memudahkan proses pengagihan kepada semua keluarga terlibat,” kata Najwan Halimi menerusi Facebook.

Pada 9 April, Kerajaan Negeri memperuntuk RM297,050 untuk agihan bantuan kepada 22,992 Orang Asli seluruh Selangor dan Januari lalu membelanjakan RM600,000 bagi bantuan sama.


Pengarang :