Aflin Shauki atau nama sebenar Dato’ Afdlin Shauki Aksan berucap ketika program Temu Anwar di Hotel Flamingo, Ampang pada 1 April 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Afdlin mahu filemkan perjalanan hidup Anwar

AMPANG, 2 APRIL: Datuk Afdlin Shauki sedia menerbitkan filem mengenai perjalanan hidup dan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah popular itu berkata kisah Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) wajar diangkat ke layar perak kerana liku perjalanan yang dilalui Anwar sepanjang bergelar ahli politik sangat mengagumkan.

“Dengan adanya saya di sini, saya berharap apa sahaja yang Datuk Seri perlukan dalam media yang saya boleh bantu, kami akan bantu sedaya upaya.

“Ini bukannya bodek… ceritanya sangat hebat dan saya rasa filem Datuk Seri kena dibuat. Pasal ceritanya hebat sangat,” katanya dalam program Temu Anwar di Hotel Flamingo di sini, malam tadi.

Pada program yang turut dihadiri Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari, Afdlin juga turut menerima kad keahlian KEADILAN yang disampaikan Anwar.

Sebelum ini pada 30 Mac lalu, pengarah berkenaan mengumumkan menyertai KEADILAN.


Pengarang :