AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Air Selangor giat stabilkan semula bekalan di KL, Gombak

SHAH ALAM, 7 APRIL: Proses untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air di wilayah Kuala Lumpur dan Gombak terus giat dijalankan setakat jam 6 pagi.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) berkata tempoh gangguan dan pemulihan bergantung pada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air dalam sistem agihan.

“Setakat ini masih tiada kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak yang pulih sepenuhnya,” kata syarikat itu dalam kenyataan pagi ini.

Ketua Komunikasi Korporatnya Elina Baseri berkata status pemulihan bekalan air di kawasan
terjejas akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di semua saluran komunikasi.

Gangguan bekalan air berjadual di dua wilayah terbabit berikutan penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates mulai semalam.

Senarai kawasan terjejas boleh didapati melalui semua media sosial Air Selangor termasuk Facebook, laman sesawang www.airselangor.com atau hubungi pusat perhubungan di talian 15300.


Pengarang :