Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Mohd Hamdi Abdul Syukor dan Ketua Pengawai Eksekutif Air Selangor Suhaimi Kamaralzaman selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 2 April 2021. Foto Facebook Air Selangor
AGENDANASIONAL

Air Selangor, UM jalin kerjasama atasi isu gangguan bekalan

KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Universiti Malaya (UM) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membolehkan kedua-dua pihak berkolaborasi menjalankan penyelidikan dalam usaha memelihara sumber air.

UM diwakili Naib Canselornya Prof Datuk Dr Mohd Hamdi Abdul Syukor manakala Air Selangor diwakili Ketua Pengawai Eksekutifnya Suhaimi Kamaralzaman.

Menurut Mohd Hamdi melalui MoU itu, UM akan berkongsi kepakarannya dengan Air Selangor melalui penyelidikan dan Air Selangor akan memanfaatkan hasil penyelidikan berkenaan untuk meningkatkan keberkesanan dalam kempen kesedaran awam, pendidikan dan amalan air lestari.

Penyelidikan yang akan dijalankan tertumpu kepada kajian punca serta sumber masalah pencemaran dan cadangan penyelesaian serta kesan daripada gangguan air, khususnya di lembangan Sungai Selangor,” kata Mohd Hamdi sepena majlis MoU berkenaan.

Menurut Mohd Hamdi universiti itu mempunyai ramai profesor dan penyelidik yang menjalankan penyelidikan berkaitan pengurusan air, rawatan air, teknologi membran, dan kepakaran mereka perlu dimanfaatkan sejajar dengan wawasan UM yang ingin mucul sebagai “A Global University Impactiong the World”.

Sementara itu, Suhaimi berharap kerjasama antara UM dan Air Selangor itu dapat membekalkan sumber air kepada 8.4 juta pengguna, terutama dalam memelihara dan memulihara bekalan air pada masa hadapan.

-BERNAMA


Pengarang :