Air Selangor merupakan pembekal tunggal perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Bekalan air di 58 kawasan KL, Gombak pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 8 APRIL: Bekalan air di 58 kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Gombak yang mengalami gangguan susulan penggantian injap kelmarin, pulih sepenuhnya jam 8.15 malam.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) dalam kenyataan berterima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama diberikan sepanjang tempoh berkenaan.

“Air Selangor turut memohon kerjasama pengguna untuk melaporkan kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilakukan segera,” kata syarikat berkenaan.

Gangguan bekalan itu berikutan penggantian injap di jajaran paip air mentah dari empangan Klang Gates yang menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju.

Maklumat rasmi gangguan bekalan air boleh didapati di semua medium komunikasi rasmi Air Selangor termasuk Facebook dan laman sesawang www.airselangor.com.


Pengarang :