Air Selangor merupakan pembekal tunggal perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDAAGENSIBERITA UTAMANASIONALSELANGOR

Bekalan air di Petaling, Klang dan Shah Alam pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 1 APRIL: Semua 31 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air berjadual di wilayah Petaling, Klang dan Shah Alam pulih sepenuhnya jam 6 pagi tadi, maklum Air Selangor.

Agensi itu mengucapkan terima kasih atas kerjasama pengguna sepanjang tempoh gangguan berikutan kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15 di sini.

“Mohon kerjasama pengguna melaporkan sebarang kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilakukan dengan segera,”katanya di Facebook.

Gangguan air berjadual di Petaling, Klang dan Shah Alam bermula Selasa lalu berikutan kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu dan dijangka pulih jam 9 pagi hari ini. Proses ini juga sudah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

 


Pengarang :