Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas Majlis Mahabbah Ramadan Dato’ Menteri Besar Bersama Penjawat Awam di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 23 April 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Caj vaksin untuk pekerja kilang, binaan

SHAH ALAM, 23 APRIL: Pekerja sektor perkilangan dan pembinaan dikenakan caj untuk mendapat suntikan vaksin yang dibeli oleh Kerajaan Selangor.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kadar pada harga minimum atau kos itu bagi menampung pembelian vaksin berkenaan.

“Saya rasa ia tidak menjadi halangan untuk syarikat-syarikat membayarnya, malahan kita turut mendapat tempahan pada peringkat awal.

“Itu semua akan dimaklumkan setelah memperoleh bekalan vaksin dijangka pada Jun,” katanya pada Majlis Mahabbah Ramadan Bersama Penjawat Awam di Dewan Jubli Perak di sini.

Amirudin berkata sebanyak lima jenis vaksin sedang dikenal pasti setakat ini dan pemilihannya masih dalam perbincangan.

Kerajaan Negeri merancang untuk membeli antara tiga hingga lima juta dos vaksin bagi membendung penularan Covid-19 dengan peruntukan kira-kira RM100 juta.

Cadangan itu demi memenuhi keperluan warga tempatan selain pekerja asing berikutan ada banyak
kilang di negeri ini.


Pengarang :