Petugas kesihatan membuat calitan kepada orang awam ketika Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di Dewan MBSJ Taman Batu Tiga, Subang Jaya pada 13 Mac 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Covid-19: Empat daerah di Selangor catat kes bawah 10

SHAH ALAM, 4 APRIL: Empat daerah di Selangor mencatat kes harian Covid-19 bawah 10 semalam,lapor Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Agensi berkata daerah terbabit ialah Hulu Selangor yang merekod lapan kes, Sepang (lima), Kuala Selangor (empat) dan Sabak Bernam (satu).

“Petaling kekal mencatat kes tertinggi iaitu 144 kes membabitkan mukim Damansara (74), Petaling (50), Sungai Buloh (14) dan Bukit Raja (enam), majoriti saringan pekerja.

“Hulu Langat merekod 115 kes iaitu 39 kes di mukim Kajang, Ampang (34), Cheras (24), Hulu Langat dan Semenyih masing-masing lapan kes manakala baki kes import,” kata jabatan itu.

Data JKNS turut melaporkan sebanyak 31 kes di Klang, Kuala Langat (23) dan Gombak (21).

Selangor merekodkan 352 kes Covid-19 semalam. Keseluruhannya, negeri itu mencatat 117,122 kes sejak pandemik menular.


Pengarang :