Petugas kesihatan Selcare memasukkan sampel ujian pada program Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Melati, Shah Alam pada 20 Februari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Covid-19: Sabak Bernam sifar kes, Petaling kekal tertinggi

SHAH ALAM, 18 APRIL: Tiada kes Covid-19 dilaporkan di Sabak Bernam hari ini, sementara dua daerah mencatatkan kes kurang 10, kata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Agensi itu menjelaskan Kuala Selangor merekodkan 10 kes membabitkan Ijok (lima), Kuala Selangor (tiga) dan masing-masing satu di Bestari Jaya serta Jeram.

“Gombak mencatatkan enam kes iaitu empat di Batu manakala Hulu Kelang dan Rawang masing-masing satu kes,” kata jabatan berkenaan di Facebook.

Jabatan itu memaklumkan Petaling kekal melaporkan kes tertinggi iaitu 111 jangkitan melibatkan mukim Petaling (39), Sungai Buloh (33), Damansara (29) dan Bukit Raja (10).

Hulu Langat pula merekodkan sebanyak 100 kes iaitu Kajang (29), Ampang (25), Cheras (24), Semenyih (17), Hulu Langat (empat) dan Beranang (satu).

“Sebanyak 92 kes di Klang membabitkan Kapar (84) dan Klang (lapan). Kuala Langat mencatatkan 51 kes iaitu Tanjung 12 (25), Telok Panglima Garang (19), Kelanang (empat), Jugra (dua) dan Morib (satu).

“Dengkil melaporkan 32 kes iaitu mukim Labu dan Dengkil (13) serta Sepang (enam). Sebanyak 16 kes di Hulu Selangor iaitu Serendah (10), Batang Kali (tiga), Hulu Yam (dua) dan Hulu Bernam (satu),” katanya.

Selangor merekodkan 431 kes baharu Covid-19 hari ini termasuk tiga kes import.


Pengarang :