Petugas kesihatan menjalankan ujian calitan kepada peserta program Saringan Komuniti Covid-19 bersasar secara percuma di Stadium Mini Sungai Besar, Sabak Bernam pada 25 Februari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: Sabak Bernam sifar kes, tiga daerah bawah 10

SHAH ALAM, 7 APRIL: Sabak Bernam satu-satunya daerah di Selangor yang tidak merekod sebarang kes baharu Covid-19 setakat semalam.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, tiga daerah mencatat kes bawah 10 iaitu dua di Kuala Selangor, Hulu Selangor (lima) dan Hulu Langat (tujuh).

“Daerah Klang pula mencatat angka harian paling tinggi iaitu 99 kes, diikuti Petaling (50), Gombak (30), Sepang (26) dan Kuala Langat (18).

“Selain itu, kes harian negeri ini turut melibatkan lima kes import dari Indonesia, Yaman dan Mesir,” maklum jabatan itu di Facebook.

Agensi itu menambah sebanyak 118,034 kes dilaporkan di seluruh negeri sejak pandemik menular dengan 1,758 kes aktif.

Kes harian Covid-19 di Selangor menurun kepada 242 selepas merekodkan lebih 300 kes sejak tiga hari lepas.


Pengarang :