Anggota bomba memadamkan kebakaran kontena barang di pelantar ikan Sekinchan pada 8 April 2021. Foto Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan
AGENDANASIONAL

Dua kontena barang di pelantar ikan Sekinchan terbakar

SHAH ALAM, 8 APRIL: Dua kontena yang dijadikan tempat simpanan barang sebuah pelantar ikan di Sekinchan hangus dalam kebakaran malam tadi.

Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata kejadian di Pantai Redang itu memusnahkan 40 peratus kontena terbabit, lapor Sinar Harian.

“Seramai 21 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dan Sungai Besar dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Tiada mangsa terbabit dalam kejadian ini dan kebakaran dapat dikawal pada jam 12.25 pagi Khamis,” kata Hafisham Mohd Noor.

Beliau menambah struktur pelantar berkeluasan 200 x 85 kaki persegi juga terbakar, bagaimanapun jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

 


Pengarang :