Ahli Dewan Negeri Morib, Hasnul Baharuddin menyampaikan cek cura RM5,000 kepada wakil pasukan kawalan Covid-19 pada 30 Mac 2021. Foto ihsan :Facebook Hasnul Baharuddin
ADNBERITA UTAMASELANGOR

DUN Morib hargai sukarelawan, hulur bantuan kewangan

SHAH ALAM, 1 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib menyumbangkan sejumlah RM5,000 kepada pasukan kawalan Covid-19.

Wakil rakyatnya berkata mereka terdiri daripada 10 sukarelawan yang bertugas empat kali seminggu di Pasar Pagi Banting, Pasar Malam Banting dan Pasar Malam Taman Sri Putra.

“Pasukan ini antara golongan petugas barisan hadapan yang mengawal ketat tatacara operasi piawai (SOP) di setiap pintu masuk pasar tersebut.

“Semoga sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban perbelanjaan mereka selain bersemangat untuk terus membuat kebajikan,”kata Hasnul Baharuddin.

Timbalan speaker Dewan Negeri Selangor turut berharap agar masyarakat menghargai pasukan terbabit disamping mematuhi SOP ketika berkunjung ke pasar.

“Saya menyeru orang awam agar mematuhi arahan pasukan terbabit dan menjaga SOP seperti ditetapkan kerajaan demi mengekang penularan Covid-19,” katanya.


Pengarang :