BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Ekspo Hasil Suri Selangor secara maya bermula hari ini

SHAH ALAM, 24 APRIL: Orang ramai dijemput memeriahkan Ekspo Hasil Suri Selangor (HaSSel) secara maya mulai hari ini hingga Selasa.

Ekspo bermula jam 10 pagi hingga 10 malam memberi peluang kepada orang awam merasai pengalaman membeli-belah secara maya.

EXCO pemberdayaan wanita berkata, HaSSel menyediakan 100 gerai jualan yang menawarkan pelbagai produk hasil tangan wanita negeri ini.

“Inilah ekspo pertama yang diadakan secara hybrid melalui maya dan virtual terkini di telefon bimbit anda.

“Anda juga boleh membeli-belah secara online dari 100 gerai jualan dan kami hantar barang yang anda beli sampai dihadapan pintu rumah,” kata Dr Siti Mariah Mahmud di Facebook.

Justeru, Dr Siti Mariah menjemput orang ramai mendaftar di www.expohassel.com untuk merasai pengalaman dan suasana baharu membeli-belah.

HaSSel merupakan landasan bagi usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) wanita memperkenalkan produk bagi tujuan komersial.

Ia adalah inisiatif Kerajaan Negeri memperkasakan golongan wanita di Selangor terutamanya mereka mempunyai masalah daripada segi sosio ekonomi.

 


Pengarang :