Jemaah menunaikan solat sunat tarawih dalam norma baharu dengan melakukan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka bagi mengekang penularan Covid-19 ketika tinjauan di Masjid Sultan Abdul Samad Sungai Raba, Banting pada 12 April 2021. Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Pematuhan SOP solat tarawih pada tahap terbaik

SHAH ALAM, 23 APRIL: Pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) dalam kalangan jemaah ketika menunaikan solat tarawih di masjid dan surau negeri ini pada tahap terbaik.

EXCO agama Islam berkata hasil pemantauan di beberapa daerah sejak awal Ramadan mendapati jemaah  mampu mendisiplinkan diri mengikut garis panduan bagi mengelak penularan Covid-19.

“Alhamdulillah, umat Islam mematuhi SOP di rumah ibadat seperti pemakaian pelitup muka, menyukat suhu badan, bawa sejadah sendiri dan berwuduk dari rumah. Selepas lapan rakaat, kita dapati bilangan jemaah semakin berkurang,” kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidifitri di pusat beli belah Aeon Mall di sini semalam.

Sementara itu, wakil rakyat Sungai Kandis berkata sebarang keputusan mengenai penutupan masjid dan surau di daerah zon merah bergantung pada Majlis Keselamatan Negara.

Selangor membenarkan umat Islam menunaikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat di rumah ibadat sepanjang Ramadan ini namun pihak pengurusan dinasihatkan membaca surah pendek atau ayat lazim.


Pengarang :