Jemaah Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13, Shah Alam menunaikan solat Zohor berjemaah dengan mengikut SOP penjarakan fizikal 1.5 meter dan pemakaian pelitup muka bagi mengelak penularan Covid-19 pada 4 Januari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO puas hati jemaah patuh SOP solat tarawih

SHAH ALAM, 16 APRIL: Kerajaan negeri Selangor setakat ini berpuas hati dengan pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) solat sunat tarawih yang dilaksanakan di masjid dan surau susulan kebenaran pelaksanaannya kepada umat Islam di negeri ini.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Negeri Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata pengurusan masjid dan surau, serta jemaah dilihat melaksanakan dan mematuhi SOP yang digariskan, antaranya membawa sejadah sendiri, memakai pelitup muka, mengimbas suhu serta menjaga jarak fizikal.

“Saya sudah tiga kali menghadiri solat tarawih di masjid di beberapa daerah antaranya Gombak dan Klang.

“Alhamdulillah saya rasa pengurusan masjid mematuhi SOP 100 peratus, dan jemaah juga maklum serta akur dengan peraturan yang ditetapkan,” katanya pada pemberita selepas Majlis Agihan Kurma kepada agensi dan jawatankuasa tetap agama Islam Selangor dekat sini hari ini.

– BERNAMA


Pengarang :