Selangorkini
Gempa bumi magnitud 5.9 pada skala Richter melanda luar pantai barat utara Sumatera, Indonesia pada 20 April 2021. Grafik: Jabatan Meteorologi Malaysia
AGENDA GLOBAL

Gempa bumi landa luar pantai barat utara Sumatera

KUALA LUMPUR, 20 APRIL: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter melanda luar pantai barat utara Sumatera, Indonesia pada 7.58 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gegaran itu berlaku pada kedudukan 169 kilometer (km) barat daya dari Nias, Indonesia dengan kedalaman 10km.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA


Pengarang :