Ir Izham Hashim (dua, kiri) melawat kawasan penternakan ikan talapia dan keli yang diusahakan di Unisel, Bestari Jaya pada 3 April 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Giat ternak ikan air tawar, elak bergantung sumber luar

BESTARI JAYA, 4 APRIL: Kerajaan Selangor akan mempergiat sektor ternakan ikan air tawar bagi mengelak kebergantungan sumber dari negeri lain.

EXCO pemodenan pertanian dan industri asas tani berkata negeri ini memiliki banyak kolam dan tasik yang berpotensi dimajukan bagi mencapai hasrat berkenaan.

Jelas Ir Izham Hashim, antara ternakan yang dikenal pasti ialah keli, talapia, patin, kaloi, puyu, sepat dan haruan.

“Setakat ini kita hanya ada 30 peratus sumber ikan air tawar dan selebihnya dibawa masuk dari negeri lain.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri serta beberapa agensi sedang membuat kajian termasuk meneliti tahap kualiti air yang bersesuaian dengan ternakan ikan air tawar,” katanya selepas merasmikan program Ground Test The Tomanz di Universiti Selangor semalam.

Hadir sama Naib Canselornya Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman.

Program percuma yang disertai 40 pemancing itu bertujuan memindahkan ikan toman ke tasik The Tomanz yang akan dilancarkan pada Mei ini.

 


Pengarang :