Arkib Selangorkini
AGENDANASIONAL

Harga RON95, RON97 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 14 APRIL: Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing kekal RM2.05, RM2.54 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 15 hingga 21 April ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu.

– BERNAMA


Pengarang :