Abdul Basith Hamid (kiri) bersama Ketua Jabatan Operasi Agihan Asnaf LZS Salahuddin Azmi (dua, kiri) menyampaikan bantuan Ramadan dan Aidilfitri kepada salah seorang penerima di Dewan Serbaguna MPSJ, Puchong pada 12 April 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Hilang punca rezeki, 5,000 asnaf baharu daftar tahun lalu

SHAH ALAM, 14 APRIL: Seramai 5,000 asnaf baharu didaftarkan tahun lalu untuk mendapat bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf berkata golongan itu antara yang hilang pendapatan mendadak susulan penularan wabak Covid-19, lapor Harian Metro.

Abdul Basith Hamid menjelaskan tiga daerah iaitu Klang, Petaling dan Hulu Langat merekodkan jumlah penerima bantuan zakat tertinggi.

“Penerima dikategorikan sebagai miskin bandar kerana tinggal di lokasi yang memiliki sektor perindustrian, pentadbiran dan perniagaan menyebabkan kos hidup juga tinggi.

“Tahun lalu, LZS mendaftarkan 5,000 asnaf dan mereka adalah golongan yang terjejas akibat Covid-19,” katanya.

Abdul Basith menambah sebanyak RM28 juta bantuan zakat termasuk Ramadan dan Syawal disalurkan tahun ini kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf.

Tahun lalu, LZS menyasar bilangan asnaf negeri ini meningkat sehingga 10,000 keluarga berikutan Perintah Kawalan Pergerakan sejak Mac.

 


Pengarang :