Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang Chua Wei Kiat diberi penerangan mengenai pembinaan Hospital Selgate Rawang ketika lawanta ke tapak projek pada 20 April 2021. Foto Facebook Chua Wei Kiat
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Hospital Selgate Rawang dijangka siap Mac tahun depan

SHAH ALAM, 20 APRIL: Proses pembinaan Hospital Selgate Rawang telah mencecah 90 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac tahun depan, kata Chua Wei Kiat.

Ahli Dewan Negeri Rawang berkata Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bersetuju untuk menambah jumlah tingkat daripada lapan kepada 10 dengan tambahan peruntukan RM40 juta.

“Selain itu, jumlah katil juga bertambah kepada 230 berbanding rancangan asal hanya 95 buah,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata hospital itu dijangka mencipta 500 peluang pekerjaan termasuk 100 kekosongan jawatan doktor.

“Ketika pertemuan dengan Selgate, saya dimaklumkan harga bagi perkhidmatan hospital di sini (Rawang) dianggarkan antara 20 hingga 25 peratus lebih murah berbanding hospital swasta lain,” katanya.


Pengarang :