Petugas kesihatan Selcare memasukkan sampel ujian pada program Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 21 Mac 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Hulu Selangor catat kes baharu Covid-19 bawah 10

SHAH ALAM, 5 APRIL: Hulu Selangor menjadi daerah tunggal dengan kes harian Covid-19 di bawah angka 10 dengan catatan tujuh kes.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata daripada jumlah itu sebanyak tiga kes dikesan di Serendah, Batang Kali (dua) manakala Hulu Bernam dan Hulu Yam masing-masing satu.

“Hulu Langat pula merekod kes tertinggi iaitu 133 membabitkan 36 di Kajang, Cheras (33), Ampang (30), kluster penjara (17), Semenyih (sembilan) dan Hulu Langat (lapan).

“Daerah di tangga kedua pula adalah Sepang dengan 61 kes iaitu 45 di Labu, Dengkil (sembilan), mukim Sepang (enam) dan satu kes import,” kata jabatan itu semalam.

JKNS turut melaporkan sebanyak 48 kes di Gombak, Petaling (38), Klang (34), Kuala Selangor (12) dan Kuala Langat (10).

Selangor merekodkan 343 kes Covid-19 semalam. Keseluruhannya, negeri itu mencatat 117,465 kes sejak pandemik menular.


Pengarang :