Orang ramai menggunakan pelitup muka di tempat awam bagi mengawal penularan Covid-19 ketika tinjauan di sekitar Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

JKNS: Petaling catat 205 kes baharu Covid-19

SHAH ALAM, 21 APRIL: Petaling kekal mencatatkan jangkitan Covid-19 tertinggi selepas merekodkan 205 kes hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata jumlah itu membabitkan mukim Petaling dengan 80 kes, Damansara (58), Sungai Buloh (51) dan Bukit Raja (16).

Klang pula merekodkan 97 jangkitan iaitu 72 di mukim Klang dan Kapar (25) manakala Hulu Langat laporkan 86 kes positif dengan Hulu Langat (26), Cheras dan Kajang (20), Ampang (13) serta Semenyih (tujuh).

“Sebanyak 40 kes dikesan di Gombak membabitkan mukim Batu (25), Kuang (lima), Setapak (empat) dan Hulu Kelang serta Rawang (tiga).

“Kuala Langat catat 33 jangkitan dengan Tanjung 12(19), Telok Panglima Garang (13) serta Batu (satu),” kata agensi itu di Facebook.

Mengikut data JKNS, sebanyak 28 kes di Sepang membabitkan Dengkil (23), Sepang (empat) dan Labu (satu) manakala daerah Hulu Selangor merekodkan 15 kes baharu, masing-masing di Serendah (11) dan Ampang Pecah serta Batang Kali (dua).

“Hanya dua daerah merekodkan kes kurang daripada 10. Sabak Bernam (lapan) merangkumi Sungai Panjang (enam) dan Panchang Bedena (dua).

“Empat kes di Kuala Selangor yang semuanya di Ijok. Terdapat enam jangkitan import dari India (lima) dan Kaherah (satu),” katanya.

Hari ini sebanyak 526 jangkitan baharu dilaporkan di Selangor menjadikan keseluruhan sebanyak 125,111 kes sepanjang penularan wabak dikesan.


Pengarang :