Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Serbaguna Seksyen 7, Bandar Baru Bangi pada 4 April 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kes baharu Covid-19 catat lebih 3,000 tiga hari berturut-turut

KUALA LUMPUR, 30 APRIL: Kes positif baharu Covid-19 kini melepasi angka 3,500 dengan 3,788 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata daripada jumlah itu dalam tempoh 24 jam lepas, Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi melibatkan 1,265 kes diikuti Sarawak (760) dan Kelantan (464).

Ia kemudian diikuti Kuala Lumpur merekodkan 255 kes; Pulau Pinang (250); Johor (160); Kedah dan Negeri Sembilan masing-masing 136 kes; Perak (118); Sabah (89); Melaka (55) serta Pahang (54).

Pada masa sama, Terengganu mencatatkan 37 kes, Perlis (lima) manakala Putrajaya dan Labuan masing-masing merekodkan dua kes.

-BERNAMA


Pengarang :