Petugas kesihatan membuat ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di Dewan Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 21 Mac 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kes Covid-19 di Selangor kekal lebih 1,000, tiga daerah catat tiga angka

SHAH ALAM, 30 APRIL: Jangkitan baharu Covid-19 di Selangor hari ini kekal lebih 1,000 dengan mencatatkan 1,265 kes yang kesemuanya penularan tempatan.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata tiga daerah mencatat tiga angka iaitu Petaling (531), Hulu Langat (284) dan Gombak (146) berpunca daripada saringan kontak rapat.

Mukim Petaling merekodkan jumlah tertinggi iaitu 223 kes diikuti Damansara dan Sungai Buloh (139) dan Bukit Raja (30).

Sementara itu, mukim Ampang merekodkan kes tertinggi iaitu 96 kes diikuti Cheras (83), Kajang (88), Semenyih (14) dan Hulu Langat (3).

Manakala di mukim Klang sebanyak 195 kes direkodkan dan Kapar (24). Daerah lain iaitu Kuala Langat dengan 50 kes, Sepang (21), Hulu Selangor (8) dan Kuala Selangor (6)

Menurut JKNS, sebanyak 974 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan pulih 128,500. Terdapat enam kematian menjadikan kesemua jumlah maut 383 orang.


Pengarang :