Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian Covid-19 terhadap seorang kanak-kanak ketika Saringan Bersasar Komuniti di Dewan Kampung Lindungan PJS 6, Petaling Jaya pada 21 Februari 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kes Covid-19 di Selangor naik semula, tiada kematian baharu

SHAH ALAM, 2 APRIL: Kes baharu Covid-19 di Selangor meningkat kepada 455 kes hari ini berbanding 237 yang dicatatkan semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata negeri itu mencatat kes harian tertinggi dengan 375 kes berpunca daripada kluster sedia ada dan saringan kontak rapat.

“Jumlah kes termasuk 44 kes daripada kluster baharu iaitu kluster Industri Bukit Angkat dan kluster Pekan Batu, satu kes import dan 79 kes lain-lain saringan,” katanya menambah tiada kematian baharu dilaporkan.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan sebanyak 382 pesakit sembuh hari ini menjadikan keseluruhan pulih 114,714.

“Kes aktif yang sedang dirawat pula sebanyak 1,711 kes dengan 14 daripadanya kes luar negara,” maklum jabatan itu menerusi Facebook.


Pengarang :