Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Serbaguna Seksyen 7, Bandar Baru Bangi pada 4 April 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kes Covid-19 kembali meningkat, Petaling kekal tertinggi

SHAH ALAM, 17 APRIL: Kes positif Covid-19 di Selangor kembali meningkat kepada 590 berbanding 459, semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan Petaling kekal tertinggi iaitu 245 kes yang berpunca daripada saringan kontak rapat.

“Daripada jumlah itu terdapat 98 kes di Damansara diikuti Petaling (73), Sungai Buloh (61) dan Bukit Raja (13).

“Manakala, Hulu Langat menjadi daerah kedua dengan rekod 139 kes yang juga berpunca saringan kontak rapat dan kes import,” kata agensi itu menerusi Facebook.

JKNS berkata Kuala Langat merekodkan 72 kes diikuti Klang (60), Gombak (26), Sepang (18), Kuala Selangor (11), Sabak Bernam (11) dan Hulu Selangor (lapan).

Tambahnya, sebanyak 518 kes sembuh direkodkan dan terdapat dua kematian baharu.


Pengarang :