Petugas kesihatan membuat ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di Dewan Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 21 Mac 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kes Covid-19 masuk hari kelima catat angka lebih 2,000

SHAH ALAM, 18 APRIL: Jumlah jangkitan baharu Covid-19 seluruh negara hari ini memasuki hari kelima mencatat lebih 2,000 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata sebanyak 2,078 kes dilaporkan dengan Sarawak kekal mencatat jangkitan tertinggi iaitu 589 kes diikuti Selangor sebanyak 457 kes.

“Terdapat 14 kluster baharu melibatkan tujuh negeri, selain lapan kematian masing-masing empat lelaki dan wanita yang kesemuanya warganegara.

“Seramai 228 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 93 memerlukan alat bantuan pernafasan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Tambah beliau, terdapat 1,402 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan pulih 355,244 kes.


Pengarang :