Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya pada 19 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

KKM kesan tiga kluster baharu Covid-19 di Selangor

SHAH ALAM, 11 APRIL: Kementerian Kesihatan mengesan tiga lagi kluster baharu di negeri ini termasuk kluster komuniti di Kuala Langat.

Ketua pengarah kesihatan berkata Kluster Kampung Kelanang itu melibatkan jangkitan dalam kalangan penduduk Kampung Kelanang, Banting.

“Kes ke-352,083 merupakan kes indeks yang disahkan positif pada 6 April lalu. Sehingga hari ini, seramai 32 individu disaring dan 12 didapati positif,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan semalam.

Menurutnya dua lagi kluster merupakan jangkitan tempat kerja melibatkan daerah Klang dan Petaling.

“Kluster Industri Jalan Kebun melibatkan pekerja industri di Techno Industrial Park, Klang. Seramai 111 individu disaring dengan 35 darinya positif.

“Kluster seterusnya adalah kluster Jalan Tun Ismail yang berpunca dari kakitangan awam bekerja di Jalan Tun Dr Ismail, Chow Kit dan Kepong. 15 individu positif selepas 32 individu disaring,” katanya.

 


Pengarang :