Pengurus Besar Yide Nur Mohd Razali Abdullah (kiri) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KUISCELL Dr Fuad Md Ali (kanan) menunjukkan memorandum perjanjian (MoU) pelantikan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai Ikon Mahabbah Yide di Hotel Acapella, Shah Alam pada 9 April 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kupon sedekah RM2 bantu orang susah sepanjang Ramadan

SHAH ALAM, 9 APRIL: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) mengeluarkan kupon infak bernilai RM2 bagi membantu golongan memerlukan sepanjang Ramadan.

Pengerusinya Dato’ Bakhtiar Hussin berkata kupon itu diserahkan kepada amil yang bertanggungjawab mengutip bayaran zakat di beberapa daerah.

“Sambil membayar zakat, umat Islam boleh membuat sumbangan lain dengan membeli kupon infak. Kupon ini sudah dikeluarkan sejak 2017 namun hanya dilaksana di Petaling sahaja.

Dato’ Bakhtiar Hussin

“Tahun ini kita perluas ke tiga daerah lagi iaitu Gombak, Klang dan Hulu Langat,” katanya pada program tautan ukhwah korporat di sebuah hotel di sini hari ini.

Bakhtiar berkata hasil kutipan kupon itu disalurkan untuk musibah, rawatan hemodialisis, dan program anak yatim di seluruh negeri.

“Tiga skop utama ini bersesuaian dengan prinsip penubuhan Yide sebagai organisasi kebajikan yang membantu meringankan beban individu memerlukan,” katanya.

Yide bertanggungjawab melaksana aktiviti kebajikan seperti menyalur sumbangan kecemasan kepada mangsa ditimpa musibah dan menguruskan hal ehwal anak yatim.

Pada 31 Mac, agensi itu mewujudkan Tabung Infaq Dana Musibah bagi membantu mangsa banjir dan kebakaran, bencana ribut serta kemalangan jalan raya membabitkan golongan berpendapatan rendah.


Pengarang :