Peserta menghadiri sesi temu duga secara maya ketika Jelajah Selangor Bekerja 2020 di Stadium Tertutup Kuala Selangor pada 15 November 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kurang dua bulan dapat kerjaya sesuai kemahiran

SHAH ALAM, 30 APRIL: Dalam masa kurang dua bulan sahaja, pencari kerja memperoleh pekerjaan sesuai menerusi inisiatif Selangor Kerjaya.

Ketua Pegawai Operasi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Soffan Affendi Aminudin berkata aspek kemahiran dipadankan dengan pencari kerja dalam program itu.

Beliau menjelaskan sesetengah individu yang memiliki kelayakan tertentu tidak meminati bidang yang dipelajarinya sebaliknya mahir dalam lapangan lain.

Soffan Affendi Aminudin

“Kita sepadankan kemahiran dengan penawaran. Hari ini awak mohon, kita akan saring dulu dan lihat bakat, kemahiran awak ini cenderung ke arah mana.

“Proses ini mengambil masa antara dua hingga tiga minggu dan tempoh sebulan lagi untuk diberi latihan,” katanya pada 28 April.

Soffan Affendi berkata Selangor Kerjaya juga berfungsi merapatkan jurang kemahiran antara bakal pekerja dengan majikan.

Lebih 6,000 pencari kerja mendaftar program Selangor Kerjaya setakat ini dan hasilnya dijangka dilihat pada suku ketiga pada tahun ini.

Laman web www.selangorkerjaya.com.my dilancarkan Dato’ Menteri Besar pada 26 Januari bagi menangani isu penggangguran dalam jangka pendek dan panjang.


Pengarang :