Selangorkini
Petugas Lembaga Zakat Selangor (LZS) membantu melengkapkan borang antara 100 penerima awal bantuan Ramadan dan Raya pada 13 April 2021. Foto Facebook LZS
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Lebih RM3 juta bantuan Ramadan, raya untuk 6,798 asnaf Kuala Selangor

SHAH ALAM, 14 APRIL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntuk RM3.03 juta bagi bantuan Ramadan dan Syawal kepada 6,798 asnaf di Kuala Selangor.

Agensi berkata penerima merupakan keluarga asnaf fakir, miskin dan mualaf berdaftar.

“Mereka diberi bantuan wang tunai antara RM300 hingga RM1,000 mengikut jumlah tanggungan.

“Bantuan diberi secara berperingkat bagi memastikan tatacara operasi piawai Covid-19 dipatuhi. Semalam, seramai 100 penerima mendapat bantuan,” katanya menerusi Facebook.

Agensi berkata bantuan berkenaan meringankan beban ditanggung golongan itu terutama ketika meraikan sambutan Ramadan serta Hari Raya Aidilfitri.

Tahun ini LZS mengagih bantuan berjumlah RM28 juta kepada 61,315 asnaf seluruh negeri.

Sebanyak RM18.07 juta disalur kepada 39,445 asnaf miskin, RM8.66 juta untuk 17,787 asnaf fakir manakala baki kepada 4,083 asnaf mualaf.


Pengarang :