Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan lif baharu ketika membuat lawatan ke Persatuan Gurdwara Sahib di Selayang Baru, Batu Caves pada 11 April 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
SELANGOR

Limas putuskan tapak baharu Gurdwara Sahib Selayang

SELAYANG, 11 APRIL: Tapak baharu Gurdwara Sahib Selayang akan diteliti memandangkan lokasi ketika ini kurang sesuai akibat pembangunan.

Justeru, Dato’ Menteri Besar berkata Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (Limas) akan membuat keputusan supaya lokasi baharu dapat menampung jumlah penganut Sikh yang datang beribadah.

“Tapak sekarang ini memang kepunyaan mereka tetapi atas faktor pembangunan, ia sudah tidak sesuai dan kita sedang cari tapak baharu.

“Ia nanti akan diwarta. Sebenarnya tapak baharu itu sudah ada cuma ia agak kecil kira-kira suku ekar dan mengikut keperluan, tapak baharu perlu seluas satu ekar,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari selepas melakukan lawatan spontan di rumah ibadat terbabit.

Menurutnya saiz tapak harus bersesuaian memandangkan ramai penganut agama itu datang menjalankan aktiviti keagamaan.

“Sebahagian yang tinggal di Gombak, Rawang dan Sungai Buloh akan datang ke sini. Jadi kita perlukan satu tempat yang besar,” katanya.

 


Pengarang :